Pada sekitar tahun 1900, Michelin Brothers mahu meningkatkan jualan tayar mereka.
Tapi tak ramai berminat kerana keadaan jalan raya yang teruk buat mereka malas mahu keluar memandu.Ada pula yang cakap "Ah, kalau aku keluar. Rosaklah tayar kereta aku."
Michelin Brothers mencari idea. Ketika inilah konsep CONTENT MARKETING digunakan.
Mereka tak cerita CIRI DAN FUNGSI TAYAR untuk tarik perhatian orang. Apa mereka buat?
1. Mereka keluar dari Paris dan masuk ke banyak restoren yang menyediakan menu yang sedap dan tiada di Paris.
2. Apabila pulang, mereka buat review tentang kesedapan makanan di restoren luar dari Paris.
3. Apabila mereka selalu mendengar cerita itu, mereka terasa-rasa mahu mencuba makanan di restoren luar dari Paris itu. Lagi banyak cerita, lagi meluap keinginan merasa makanan di luar Paris yang sedap.
4. Maka mereka perlu keluar. Apabila keluar, mereka perlu melalui jalan-jalan yang teruk. Jadi mereka membeli tayar daripada Michelin.
Cerita adalah salah satu jenis Content Marketing. Tak perlu jelaskan kelebihan dan magik nya konten ini.
Tidak menjual tetapi pelanggan membeli.
Sumber : https://www.facebook.com/photo/?fbid=3202339836686817&set=a.1499204193667065
No comments:
Post a Comment